Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

GLOBAL l Gempa berkekuatan 6.1 pada skala Richter melanda Maluku, Indonesia pada Rabu, lapor Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG).

Gegaran berlaku pada 11.43 pagi waktu Jakarta dengan pusat gempa terletak 67 kilometer (km) tenggara Maluku Tengah, pada kedalaman 10 km.

Menurut BMKG, tiada ancaman tsunami dikeluarkan. Setakat ini, tiada laporan kerosakan atau kehilangan nyawa.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS