Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis rampas tiga tan daun ketum di Jeli
Diterbitkan:  Jun 15, 2021 5:55 PM
Dikemaskini: 9:55 AM

Polis merampas lebih tiga tan daun ketum bernilai RM31,300 dan menahan tiga lelaki dalam sekatan jalan raya (SJR) di Kampung Batu Melintang, di Jeli semalam.

Ketua Polis Daerah Jeli DSP Ahmad Arifin berkata rampasan pertama dilakukan sepasukan anggota yang melakukan SJR bersama anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli selepas menahan sebuah lori dari arah Gerik ke Jeli pada pukul 1 tengah hari.

"Pemeriksaan terhadap pemandu dan kelindan lori terbabit tidak menjumpai barang salah, namun pemeriksaan di dalam tempat simpanan barang belakang lori terbabit menemukan 41 beg plastik hitam.

Pemeriksaan lanjut mendapati beg plastik hitam tersebut mengandungi 410 kilogram (kg) daum ketum bernilai RM4,100 disembunyikan di bawah kotak makanan segera bagi mengaburi mata pihak berkuasa," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Ahmad berkata susulan penemuan barang larangan itu pihaknya menahan kedua-dua suspek yang berumur 29 dan 35 tahun.

"Pemandu lori dan kelindan juga didapati positif dadah jenis methampetamine," katanya.

"Kes ini disiasat dibawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, kedua-dua mereka direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 18 Jun," katanya.

Ahmad berkata rampasan kedua dilakukan selepas anggotanya menahan sebuah lori dari arah Gerik ke Jeli pada pukul 2.05 petang.

"Pemeriksaan di bahagian belakang lori terbabit menjumpai 272 bungkusan beg plastik mengandungi 2,720 kg daun ketum bernilai RM27,200.

Suspek berumur 39 tahun turut dikenakan kompaun selepas gagal mengemukakan dokumen rentas negeri," katanya.

Katanya kes ini disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan suspek direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 18 Jun.

"Daun ketum yang dirampas dipercayai diperoleh dari utara tanah air untuk dipasarkan di Daerah Tanah Merah dan Kota Bharu," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS