Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jumlah terkini kes Covid-19 Malaysia dan beberapa negara
Diterbitkan:  Jun 15, 2021 11:32 AM
Dikemaskini: 3:37 AM

Berikut adalah maklumat terkini mengenai Covid-19 di Malaysia dan beberapa negara dunia setakat 10 pagi hari ini.

Data John Hopkins Coronavirus Resource Center menunjukkan terdapat 176,191,385 kes Covid-19 termasuk 3,808,775 kematian.

Sejumlah 2,370,570,948 dos vaksin telah diberikan di seluruh dunia setakat ini.

Amerika Syarikat (AS), India dan Brazil kekal negara teratas dengan jumlah kes positif dan kematian tertinggi. Namun, di negara yang mempunyai kadar vaksinasi lebih tinggi termasuk AS dan United Kingdom (UK) serta beberapa negara lain telah menunjukkan penurunan dalam kes baharu.

Jumlah vaksinasi di Malaysia mencecah 4,688,233 dos pada Isnin, dengan 197,963 dos diberikan pada hari yang sama. Sebanyak 3,275,194 rakyat Malaysia telah menerima dos vaksin pertama dengan 1,413,039 menerima dos kedua.

Jadual di bawah menunjukkan status beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia setakat 6 Jun ketika wabak masih menular dan proses vaksinasi sedang rancak dilaksanakan.

NEGARA

JUMLAH KES DISAHKAN (Kumulatif)

KES BAHARU (setakat 14 Jun)

KEMATIAN

(Kumulatif)

% PENDUDUK LENGKAP DOS VAKSIN

AS 33,473,091 4,575 599,96544.15 %
INDIA 29,510,410 70,421 374,3053.43%
BRAZIL 17,452,612 37,948 488,22811.20%
PERANCIS 5,803,003 2,855 110,61621.32%
TURKI 5,336,073 5,012 48,79516.46%
UK 4,589,398 7,334 128,17144.58%
INDONESIA 1,919,547 9,868 53,1164.27%
FILIPINA 1,322,053 7,287 22,8451.56%
MALAYSIA 662,457 4,949 3,9684.25%
THAILAND 199,264 3,355 1,4662.38%
SINGAPURA 62,276 25 3433.11%
VIETNAM 10,810 293 590.06%

Jumlah itu berdasarkan data WHO, negara ASEAN, Our World in Data dan John Hopkins Coronavirus Resource Center.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS