Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Muda tawar khidmat guaman hadapi saman Tajuddin
Diterbitkan:  Jun 13, 2021 4:48 PM
Dikemaskini: 8:48 AM

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menawarkan khidmat guaman percuma kepada mana-mana pihak yang disaman Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman.

Wakilnya yang juga peguam Lim Wei Jiet berkata, Muda memang menjunjung dan berpegang teguh kepada amalan kebebasan bersuara.

Justeru katanya Muda berpendapat orang ramai tidak harus diheret ke mahkamah semata-mata kerana mengkritik seseorang pegawai awam atau ahli politik.

"Maka dengan itu, Muda bersedia menawarkan bantuan khidmat guaman secara pro bono (tanpa bayaran) kepada sesiapa sahaja yang disaman Tajuddin atas tuduhan 'memalukan dan menjatuhkan reputasi' berkaitan isu LRT laluan Kelana Jaya," katanya dalam ciapan di Twitter, hari ini.

Terdahulu Tajuddin hari ini memberitahu dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang dianggap memalukan dan menjatuhkan reputasi serta imejnya berhubung insiden kemalangan LRT pada Mei lalu.

Menurut pengarah pilihan raya Umno Malaysia itu tindakan berkenaan diambil setelah dia berasa dimalukan sehingga ada yang membuat petisyen dalam talian supaya dia dipecat daripada jawatan pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana). 

Lim berkata sesiapa yang ingin memohon bantuan Muda dalam perkara itu boleh menghubungi mereka melalui emel [email protected].


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS