Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pasukan Outreach Vaksinasi mula bergerak ke luar bandar di Sarawak

Pasukan Outreach Vaksinasi COVID-19 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mula bergerak memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada penduduk rumah-rumah panjang di kawasan luar bandar di Sibu, bermula semalam.

Menteri Muda Kesihatan Awam dan Perumahan Sarawak Dr Annuar Rapaee berkata antara kawasan yang telah didatangani pasukan itu termasuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan dengan memberi vaksin jenis Sinovac.

“Kita juga minta kerjasama tuai-tuai rumah supaya memastikan anak buah mereka hadir menerima vaksin manakala penduduk yang enggan diberi vaksin akan diberi kaunseling,” katanya ketika bersiaran langsung melalui media sosial miliknya malam tadi.

Dr Annuar yang juga Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu berkata Sibu dijangka menerima 30,000 dos vaksin Sinovac setiap minggu untuk Jun, meningkat kepada 40,000 dos seminggu pada Julai dan Ogos, 50,000 dos seminggu.

Katanya jumlah vaksin itu mampu menampung keperluan penduduk di daerah ini dan pusat pemberian vaksin (PPV) juga akan ditambah sekiranya terdapat keperluan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS