Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
6,239 kes baru, 37 peratus di Selangor
Diterbitkan:  Jun 9, 2021 3:09 PM
Dikemaskini: 11:30 AM

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 6,239 kes baru Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 2,291 kes harian baru direkodkan di Selangor atau bersamaan 37 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Sebanyak 75 kematian dilaporkan, menjadikan jumlah angka korban akibat wabak itu setakat ini adalah sebanyak 3,611 orang.

KKM juga memaklumkan seramai 905 pesakit pada masa ini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 453 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu sebanyak 15 kluster baru dikesan di seluruh negara, dengan kluster aktif kini adalah sebanyak 734 kluster.

Selain itu seramai 7,386 pesakit telah sembuh, dengan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih adalah sebanyak 548,705 orang.

Pecahan setiap negeri:

Selangor - 2,291
WP Kuala Lumpur - 704
Negeri Sembilan - 507
Johor - 468
Sarawak - 419
Kelantan - 340
Pahang - 232
Sabah - 232
WP Labuan - 200
Pulau Pinang - 194
Perak - 175
Terengganu - 171
Kedah - 135 
Melaka - 150 
WP Putrajaya - 17
Perlis - 4


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS