Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Goldman diberi tempoh 10 hari bayar AS$1.3b pada pihak berkuasa AS
Diterbitkan:  Jun 9, 2021 2:21 PM
Dikemaskini: 6:21 AM

Goldman Sachs Group Inc mempunyai tempoh 10 hari untuk membayar baki AS$ 1.26 bilion daripada penyelesaian sebanyak AS$2.3 bilion kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) berhubung peranannya dalam skandal 1MDB.

Menurut Bloomberg, tempoh 10 hari itu disebut dalam pemfailan pada 4 Jun oleh kerajaan AS di mahkamah persekutuan.

Goldman Sachs mencapai perjanjian pendakwaan yang ditangguhkan dengan Jabatan Kehakiman AS tahun lalu.

Pada mulanya, Goldman Sachs dan cawangannya di Malaysia dituduh berkomplot untuk terlibat dalam skim lima tahun dengan melanggar undang-undang anti-rasuah AS.

Menurut Jabatan Kehakiman, Goldman Sachs disiasat berkaitan skim untuk membayar rasuah lebih AS$ 1 bilion kepada pegawai Malaysia dan Abu Dhabi sebagai pertukaran untuk urusan perniagaan, termasuk jaminan dalam bentuk bon AS$ 6.5 bilion yang diterbitkan oleh 1MDB.

Pada masa itu, Najib Razak adalah perdana menteri dan menteri kewangan Malaysia.

Pada bulan Julai tahun lalu, Najib disabitkanbersalah atas tuduhan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram berkaitan RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd, yang pada awalnya merupakan anak syarikat 1MDB.

Najib membuat rayuan berhubung keputusan itu.

Najib juga menghadapi perbicaraan lain atas tuduhan menyalahgunakan dana 1MDB sebanyak RM2.28 bilion.

Malaysia memerlukan bertahun-tahun lagi untuk membayar hutang yang ditanggung oleh 1MDB dan SRC.

Setakat 3 Jun, hutang 1MDB berjumlah RM39.66 bilion, manakala hutang SRC adalah berjumlah RM2.57 bilion.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS