Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wanita positif Covid-19, suami meninggal di rumah
Diterbitkan:  Jun 8, 2021 9:50 AM
Dikemaskini: 1:50 AM

Seorang wanita warga emas ditemui meninggal dunia di samping suaminya yang mengalami pelbagai masalah kesihatan di Taman Kota Masai, Pasir Gudang semalam.

Pasangan terbabit yang tidak memiliki anak ditemui di kawasan ruang tamu rumah mereka pada waktu tengah hari.

Pemeriksaan susulan pula mendapati si isteri positif Covid-19.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Mohd Sohaimi Ishak, berkata wanita berkenaan berusia 61 tahun manakala suaminya 68 tahun dan mayat terbabit dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk proses bedah siasat.

Katanya mayat pasangan terbabit ditemui apabila anak angkat mereka datang untuk melawat selepas panggilan telefonnya tidak berjawab beberapa kali.

Menurutnya, kedua-dua mayat mereka berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat.

"Hasil siasatan mendapati kedua-dua pasangan itu dipercayai meninggal dunia dalam tempoh 48 jam," katanya seperti dipetik BH Online.

Tambah Mohd Sohaimi, lelaki berkenaan menghidap sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis dan dipercayai meninggal akibat sejarah penyakit berkenaan.

"Isterinya pula mengidap penyakit darah tinggi dan kencing manis, turut disahkan positif Covid-19 hasil ujian saringan dijalankan selepas itu," katanya.

Tambah Mohd Sohaimi polis maklumat mengenai penemuan kematian itu diterima Balai Polis Scientex kira-kira jam 1 tengah hari dan tiada unsur jenayah dikesan.

BH Online juga melaporkan jiran pasangan itu yang hanya dikenali sebagai Esah, 40-an, melihat anak angkat mereka menangis sambil memaklumkan mengenai kematian tersebut.

Katanya kali terakhir dia melihat pasangan terbabit ialah pada minggu lalu.

Beberapa hari lalu pula katanya dia terserempak dengan anak angkat pasangan terbabit itu dan sempat bertanya khabar.

Katanya wanita warga emas itu dikenali ramai kerana pandai berubat.

"Namun sejak minggu lalu memang tidak kelihatan mereka keluar dan saya menjangkakan pasangan itu tidak mahu keluar rumah kerana mematuhi perintah kawalan pergerakan (PKP)," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS