Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
SPM 2021 pada Mac tahun depan
Diterbitkan:  Jun 6, 2021 11:41 AM
Dikemaskini: 5:02 AM

Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan dilaksanakan pada Mac tahun hadapan.

Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Md Jidin berkata, ujian lisan dan amali sains akan dilaksanakan pada Februari 2022.

Katanya, keputusan itu dibuat berdasarkan situasi semasa Covid-19 yang melanda negara ketika ini.

“KPM membuat keputusan ini mengambil kira keadaan semasa dan cabaran yang perlu dilalui oleh calon SPM 2021,” katanya dalam sidang medianya, hari ini.

Sebelum ini KPM mengumumkan keputusan peperiksaan SPM bagi tahun 2020 akan diketahui pada 10 Jun nanti.

Peperiksaan SPM 2020 juga terpaksa dianjakkan ke Mac tahun ini ekoran penularan wabak Covid-19.

Radzi berkata, berdasarkan pengalaman menguruskan peperiksaan SPM 2020, KPM katanya kini lebih bersedia.

Katanya, KPM telah menyediakan prosedur operasi standard (SOP) yang terbaik bagi memastikan keselamatan calon peperiksaan.



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS