Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Program vaksinasi bergerak rumah jagaan warga emas, OKU bermula Selasa ini

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) akan memulakan Program Outreach Vaksinasi Covid-19 di Rumah Jagaan Warga Emas dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) bermula Selasa ini.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menerusi hantaran di Twitter @AmirudinShari berkata sebanyak 16 pasukan bergerak akan menjalankan program tersebut bagi memastikan golongan itu tidak tertinggal dalam menerima vaksin.

Menurut beliau program berkenaan ditawarkan kepada pusat jagaan kerajaan (Rumah Seri Kenangan dan Rumah Ehsan) atau Jabatan Kebajikan Masyarakat, pusat jagaan berlesen (di bawah Akta 506 dan Akta 586) serta pusat jagaan swasta tidak berlesen.

“Ia melibatkan sebanyak 68 pusat jagaan OKU dan 1,893 penghuni serta penjaga bersetuju menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi program ini,” katanya hari ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS