Polis menafikan terdapat pelanggaran SOP kesihatan ketika Gerakan mengunjungi ibu pejabat polis daerah Sentul di ibu negara untuk menyampaikan bantuan kepada keluarga anggota polis hari ini.
Ini setelah dakwaan bahawa penyerahan bantuan itu dianggap sebagai sebuah majlis.
Acara formal dan tidak rasmi dilarang di bawah SOP perintah kawalan pergerakan ketika ini.
"Itu bukan perhimpunan. Ini hanya penyerahan sumbangan ringkas [..]. Kami mengikuti SOP yang tepat," kata ketua polis Sentul Beh Eng Lai kepada Malaysiakini.
Dia menambah bahawa NGO dan ahli parlimen terlibat sudah sering memberikan sumbangan kepada orang ramai sebelum ini.
Malaysiakini telah menghubungi Gerakan untuk mendapatkan komen.
Foto penyerahan bantuan itu memaparkan Presiden Gerakan Dominic Lau dan dua anggota parti lain memberikan beg mengandungi barangan keperluan harian.
Ia juga memaparkan Lau dan Beh berucap.
Beh mengatakan "tidak banyak" penerima bantuan tersebut.
"(Sebilangan penerima) agak miskin, ada yang kurang upaya, ibu tunggal.
"Jadi bantuan itu dimaksudkan untuk memberi sedikit motivasi (kepada mereka) atas dasar kemanusiaan, itu saja," katanya.
Sekatan penuh ketika ini dijadual berkuat kuasa hingga 14 Jun bagi mengekang penyebaran Covid-19 setelah lonjakan besar jangkitan pada bulan lalu.