Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mujahid kini ketuai Pakatan Harapan Perak
Diterbitkan:  Jun 5, 2021 5:06 PM
Dikemaskini: 9:06 AM

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof kini merupakan pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak yang baru, menurut kenyataan koordinator komunikasi dan publisiti gabungan itu hari ini.

Menurut Muhaimin Sulam, sebelum itu Mujahid yang juga naib presiden Amanah dan Ahli Parlimen Parit Buntar itu mempengerusikan mesyuarat PH Perak secara maya bagi membincangkan pandemik Covid-19 yang semakin parah dalam negara.

“PH Perak memberi komitmen untuk membawa masyarakat keluar dari pandemik dan sekali gus membentuk kehidupan bernegara yang lebih sejahtera dan demokratik,” katanya.

Mesyuarat itu turut disertai oleh wakil setiap parti komponen PH.

Antaranya Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi; Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming, manakala Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak mewakili PKR negeri berkenaan.

Turut menyertai mesyuarat berkenaan ialah beberapa pemimpin lain seperti Fakhruldin Mohd Hashim dan Ahmad Termizi Ramli dari Amanah, Ngeh Kho Ham, V Sivakumar dan Wong Kah Woh (DAP), dan MA Tinagaran, Tan Kar Hing dan Baldip Singh (PKR).

“Sebagai pengerusi baru PH Perak Mujahid yakin kerjasama erat dalam kalangan semua pimpinan parti komponen mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap keupayaan gabungan ini memimpin negeri.

“Dalam mesyuarat tersebut, semua pengerusi-pengerusi parti komponen di peringkat negeri dilantik menjadi timbalan-timbalan pengerusi Majlis PH Perak,” kata Muhaimin lagi. 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS