Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Malaysia luluskan vaksin AstraZeneca buatan Thailand
Diterbitkan:  Jun 4, 2021 1:58 PM
Dikemaskini: 6:07 AM

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) bersetuju meluluskan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan bencana kepada vaksin AstraZeneca daripada pengilang kedua, Siam Bioscience Co Ltd, Thailand.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata pengilang itu akan menjadi sumber bekalan AstraZeneca untuk kegunaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di negara ini.

“Bekalan vaksin AstraZeneca yang bakal diterima daripada pengilang Siam Bioscience Co Ltd ini dijangka dapat mempertingkatkan kadar vaksinasi di bawah PICK dengan lebih pantas,” katanya.

Keputusan itu dibuat selepas PBKD bermesyuarat hari ini.

Pada 2 Mac lalu, PBKD meluluskan pendaftaran bersyarat bagi pengilang Medimmune Pharma BV - pengeluar AstraZeneca ke negara-negara Eropah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS