Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Masuk rumah orang kena ikut pintu depan - Dr M sindir PN

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad memetik insiden kenyataan Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaacob di media sosial untuk mempertikai kesahihan Perikatan Nasional (PN).

Semalam, spekulasi timbul bahawa Ismail ingin menunjukkan kekecewaannya terhadap kebenaran untuk sejumlah kilang beroperasi walaupun dalam tempoh 'lockdown'.

Ismail memuat naik gambarnya menutup pintu pejabatnya dengan keterangan "Saya telah menutup pintu depan tetapi ..." ditambah emoji yang kelihatan sedih.

Dalam sidang media dalam talian malam ini, Dr Mahathir mengkritik PN dalam menangani wabak Covid-19.

Dia berpendapat bahawa situasi darurat setakat ini gagal mencapai objektif untuk menangani Covid-19, memandangkan jangkitan sekarang empat kali lebih tinggi berbanding ketika pengumuman darurat dibuat pada bulan Januari.

Ditanya mengenai kenyataan Ismail, Mahathir mengulangi bahawa PN tidak mempunyai kredibiliti dan merupakan kerajaan "pintu belakang".

"Mereka ini mereka adalah daripada parti yang masuk dari pintu belakang.

"Kalau pintu depan dia tutup, pintu belakang masih bukalah kot. Jadi kalau terbuka bolehlah ada rundingan. 

"Jadi kita tak boleh nak kira dengan mereka ini kerana mereka tak ikut aturan peraturan. Kita nak pergi rumah orang, kita masuk pintu depanlah," katanya.

PN mula berkuasa pada bulan Mac 2020 setelah rampasan kuasa melalui Langkah Sheraton yang menamatkan pemerintahan Pakatan Harapan yang dipilih melalui pilihan raya.

Ismail hari ini menafikan kenyataannya mempunyai maksud tersirat.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali, yang mengawasi surat persetujuan kepada perniagaan, mendesak orang ramai untuk berhenti membuat spekulasi mengenai kenyataan Ismail.

Dia juga menafikan ada pergolakan di antara mereka, dengan mengatakan bahawa dia menyokong sesama anggota kabinet dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS