Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rekod tertinggi 126 kematian, 7,703 kes baru
Diterbitkan:  Jun 2, 2021 2:38 PM
Dikemaskini: Jun 3, 2021 2:36 AM

Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat 7,703 kes baru Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia kepada 587,165 kes.

Hari ini menyaksikan jumlah kematian dilaporkan yang tertinggi sejak penularan wabak Covid-19 di Malaysia. Ia juga kali pertama angka kematian melangkaui 100.

Korban termuda yang dilaporkan adalah seorang wanita berusia 26 tahun di Labuan. Dia juga tidak memiliki sebarang sejarah penyakit lain.

Terdapat 10 korban yang diisytihar meninggal dunia ketika dibawa ke hospital, dan empat daripadanya dalam usia 20-an.

Untuk makluma terperinci bagi kes kematian, sila rujuk laman penjejak Covid-19.

Pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) atau memerlukan bantuan pernafasan juga mencapai bilangan tertinggi.

Berikut maklumat utama wabak Covid-19 di Malaysia hari ini:

  • Pesakit sembuh: 5,777 (jumlah keseluruhan - 501,898)
  • Kes positif: 7,703 (7,701 tempatan, 2 import)
  • Kes kematian: 126 (jumlah keseluruhan - 2,993)
  • Pesakit dalam ICU: 878*
  • Pesakit perlukan bantuan pernafasan: 441*

(*Angka ini tidak termasuk kes disyaki dan berkemungkinan Covid-19. Baca di sini.)

Hampir separuh, iaitu 44.5 peratus, kes baru dilaporkan di Lembah Klang - iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Selangor kekal sebagai negeri dengan kes tertinggi dengan 2,728 kes, disusuli dengan Kuala Lumpur dengan 701 kes.

Putrajaya pula hanya mencatatkan satu kes baru.

Kadar kebolehjangkitan iaitu R-naught (R0) menurun kepada 1.06 setakat semalam, dan menurun secara konsisten selepas mencapai kemuncak 1.21 pada 21 Mei lalu.

Bagaimanapun selagi nilai R0 lebih 1.00, ia menunjukkan penularan wabak masih meningkat.

Perlis merupakan satu-satunya negeri yang mencatat R0 bawah 1.00.

Berikut pecahan kes baru mengikut negeri:

  • Selangor - 2,728
  • Kuala Lumpur - 701
  • Sarawak - 588
  • Negeri Sembilan - 586
  • Johor - 554
  • Kelantan - 541
  • Pulau Pinang - 407
  • Kedah - 283
  • Sabah - 254
  • Pahang - 237
  • Perak - 224
  • Terengganu - 224
  • Melaka - 209
  • Labuan - 159
  • Perlis - 7
  • Putrajaya - 1

Separuh kluster baru kategori tempat kerja

Terdapat 22 kluster baru yang dikenal pasti hari ini, menjadikan jumlah kluster aktif setakat ini sebanyak 674.

Sebagai perbandingan, terdapat 398 kluster aktif pada 2 Mei lalu.

Daripada kluster baru hari ini, sebelas daripadanya adalah kategori tempat kerja, disusuli dengan komuniti (7), pendidikan tinggi (2) dan masing-masing satu kluster kategori pusat tahanan dan keagamaan.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS