Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang penjaga reban ayam warga Thailand didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas pertuduhan membunuh lelaki tempatan yang juga rakannya pada 19 Mei lepas.

Sulaiman Yaacob, 22, hanya mengangguk sebagai tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan majistret Kamarul Hasyime Rosli.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Mohd Daiylamien Mohd Ashari, 38, di reban ayam belakang sebuah rumah di Kampung Che Arus, Kok Lanas, antara 11.30 hingga 11.46 malam.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh memandangkan kes bunuh berada bawah bidang kuasa mahkamah tinggi. Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati sekiranya disabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya Abu Arsalnaa manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 1 Ogos sebagai sebutan semula kes serta serahan laporan bedah siasat.

Sebelum ini, dilaporkan, seorang lelaki maut ditikam penjaga reban ayam yang berang kerana mangsa terpijak kepala suspek yang sedang tidur.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS