Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lim Kok Wing meninggal dunia
Diterbitkan:  Jun 1, 2021 2:34 PM
Dikemaskini: 2:12 PM

Pengasas dan presiden Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing, Lim Kok Wing meninggal dunia.

Perkara itu dimumkan pihak universiti dalam satu kenyataan petang ini. Tiada perincian lanjut diberikan.

"Dengan kesedihan yang mendalam kami menyampaikan pemergian Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Sri Paduka Dr Lim Kok Wing, presiden pengasas kami.

"Seorang yang berwawasan, kerjaya Tan Sri identik dengan kreativiti, dan dia membantu mengembangkan pendidikan inovatif di peringkat global, memperkasa terutama dunia membangun.

"Kami merasa rendah hati dengan ucapan takziah dan sokongan yang diberikan oleh begitu banyak orang, dan meminta privasi ketika kami meratapi seorang lelaki yang sangat kami banggakan," kata universiti itu.

Menurut laporan berita lain, Lim meninggal pagi ini ketika menerima rawatan di sebuah hospital.

Pada 25 Mei, universiti itu mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa Lim dimasukkan ke hospital setelah jatuh di rumahnya.

Lim, yang juga dikenali sebagai usahawan dan artis kreatif, pernah bertugas sebagai penyelaras kempen awam untuk Najib Razak pada 2015, yang merupakan perdana menteri ketika itu.

Namun, tak sampai dua bulan, mendiang dilaporkan mengundurkan diri pada bulan Julai tahun itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS