Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Isu kartel polis: PDRM tak campur tangan, serah pada EAIC

Polis mengambil pendirian untuk tidak campur tangan dan menyerahkan siasatan berhubung isu kartel dalam PDRM kepada pihak ketiga.

Menurut Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani, polis telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) untuk mempelawanya membuat siasatan terhadap dakwaan berkenaan.

“Kita sudah beri surat kepada EAIC untuk siasat perkara tersebut. Kami hands off (tidak campur tangan).

“Biarlah pihak ketiga datang membuat siasatan secara telus, kerana saya ingin jelaskan bahawa dari dulu sehingga sekarang PDRM ini sebenarnya adalah anggota masyarakat.

“[...] Kerana ini adalah satu tohmahan terhadap institusi, hanya pihak ketiga boleh menyiasat dan memberi keputusan.

"EAIC ini satu suruhanjaya. Saya percaya ia satu organisasi yang mempunyai reputasi baik,” katanya.

Dia berkata demikian pada sidang media khas di Bukit Aman petang tadi, apabila diminta mengulas sekiranya dia akan menyiasat berkenaan dakwaan kartel dibuat bekas ketua polis negara Abdul Hamid Bador.

Pada Mac lalu,Abdul Hamid mendedahkan wujudnya kartel serta amalan menerima rasuah daripada sindiket jenayah, yang membabitkan sehingga ke peringkat atasan PDRM.

Kartel yang dikatakan terdiri daripada anggota polis muda yang bersekongkol untuk menyingkirkannya, turut dikatakan bercita-cita untuk menguasai pasukan polis untuk kepentingan peribadi mereka.

Pendedahan itu mencetuskan pelbagai reaksi, antaranya oleh ahli politik pembangkang, menteri dalam negeri sendiri, serta badan peguam yang turut meminta RCI ditubuhkan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS