Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khairy: PPV mega bukan satu-satunya strategi vaksinasi Covid-19

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata dia mengambil maklum berkenaan kebimbangan berhubung pusat pemberian vaksin (PPV) mega.

Pada masa sama, dia menegaskan kerajaan tidak bergantung kepada perkara itu sahaja sebagai strategi tunggal dalam usaha vaksinasi Covid-19.

"Pada setiap masa, kita semua mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang tegas, sama ada di PPV besar atau kecil.

"Ada hari di mana PPV mega berdepan kesesakan dan saya telah arahkan PPV mega ini untuk terus meningkatkan langkah kawalan dan SOP," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Khairy berkata, PPV mega masih diperlukan kerana kemudahan seumpama ini dapat memberi vaksin kepada 8,000 hingga 9,000 orang setiap hari.

Bagaimanapun bukan itu saja strategi yang digunakan kerajaan, katanya.

"Strateginya adalah untuk guna semua jenis PPV - besar, kecil, pandu lalu, mobile," katanya lagi.

Dia mengulas kebimbangan yang dibangkitkan bekas menteri Rafidah Aziz berhubung "tumpuan" yang diberikan kerajaan kepada PPV mega, dan menggesa kerajaan melaksanakan strategi PPV peringkat daerah dengan menggunakan dewan serba guna.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS