Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pesara swasta rugi RM57,300 ditipu Love Scam
Diterbitkan:  May 30, 2021 11:46 PM
Dikemaskini: 3:46 PM

Seorang pesara swasta wanita kerugian RM57,300 selepas terpedaya dengan sindiket Love Scam, menerusi media sosial dalam kejadian di Kepala Batas, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata mangsa berusia 55 tahun yang sebelum ini bekerja kilang mendakwa telah berkenalan dengan seorang lelaki, menerusi Instagram yang mengaku tinggal di luar negara

"Selepas beberapa bulan, mereka mula menjalin hubungan cinta dan lelaki itu berjanji akan datang untuk bertemu dengan mangsa di Malaysia serta berkahwin dengan wanita tersebut.

"Mangsa juga percaya dengan janji manis lelaki berkenaan yang kemudian memaklumkan mahu menghantar hadiah sebagai tanda cintanya, sebelum dia dihubungi seorang individu lain yang mengaku dari syarikat kurier, namun hadiah tersebut terpaksa ditahan di lapangan terbang oleh pihak kastam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Noorzainy berkata wanita itu yang teruja untuk menerima hadiah tersebut telah membuat hampir 10 transaksi ke dua akaun bank yang diberikan secara berperingkat membabitkan jumlah RM57,300 dan akhirnya menyedari ditipu selepas suspek terus-menerus meminta bayaran malah mangsa turut diugut akan ditangkap oleh pihak kastam jika gagal berbuat demikian.

Katanya, mangsa kemudiannya menceritakan kepada rakannya berhubung kejadian tersebut dan membuat laporan polis di Daerah Seberang Perai Utara (SPU) semalam.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS