Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan putuskan orang ramai tak boleh pilih vaksin
Diterbitkan:  May 30, 2021 3:50 PM
Dikemaskini: 9:31 AM

Kerajaan memutuskan untuk tidak menyediakan pilihan bagi orang ramai memilih vaksin yang akan diterima mereka, menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Kenyataan itu tiga hari selepas Khairy memaklumkan kerajaan sedang menimbang untuk membolehkan orang ramai membuat pilihan menerusi aplikasi MySejahtera.

"Kita pertimbangkannya pada mulanya, tapi kini perhatian kita adalah untuk tingkatkan jumlah vaksinasi. Jadi, kita akan beri apa saja (vaksin) yang kita ada.

"Jika kita beri mereka pilihan, ia mungkin akan memperlahankan (proses vaksinasi)," katanya ketika sidang media selepas lawatan ke pusat vaksinasi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec) di Kuala Lumpur, hari ini.

Jika pilihan itu diberikan, katanya lagi, mungkin ada yang akan menunggu sebelum mengambil vaksin.

Katanya lagi, kerajaan merancang untuk mewujudkan lima pusat pemberian vaksin (PPV) mega di Kuala Lumpur dan Selangor.

[Baca laporan penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS