Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita

Seorang lelaki dikompaun pihak berkuasa selepas didapati gagal mengenakan pelitup muka semasa keluar menambat dua ekor lembu peliharaannya hari ini.

Dalam kejadian di tepi jalan di Kampung Pasir Tok Kambing, Kota Bharu, itu lelaki terbabit - yang berusia 58 tahun - dikenakan kompaun sebanyak RM1,5000.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Supt Abdul Rahim Daud, berkata lelaki itu dikenakan tindakan kompaun selepas dilihat berbual-bual bersama seorang kawannya dengan tidak memakai pelitup muka di tepi jalan kira-kira jam 11 pagi.

“Semasa membuat pemantauan di tepi jalan di Kampung Pasir Tok Sering Kelantan, pihak penguat kuasa melihat beberapa lelaki sedang berbual di tepi jalan dengan tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan fizikal.

“Apabila pihak penguat kuasa tiba dan memberhentikan kenderaan, didapati dua lelaki Melayu terbabit masih sedang bersembang di tepi jalan dan kekal tidak memakai pelitup muka, selain tiada penjarakan fizikal,”katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial gambar seorang lelaki dikompaun pihak polis dikatakan ketika dia ingin memberikan air kepada lembu peliharaannya.

Abdul Rahim menjelaskan seorang lagi lelaki yang berbual iut sempat melarikan diri dengan motosikalnya sebaik saja menyedari kehadiran polis.

“Dia terus memecut motosikalnya untuk terus melarikan diri sebaik saja menyedari kehadiran polis,” katanya.

Abdul rahim berkata, lelaki yang dikompaun itu dikenakan tindakan mengikut Peraturan 16 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) (PKP) (NO 4) Akta 2021.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS