Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lebih 186,000 kes baru, 3,600 kematian Covid-19 di India

India mengesahkan 186,364 kes baru Covid-19 baru dalam tempoh 24 jam terakhir dengan jumlah keseluruhan kes mencecah 27,555,457, menurut Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Keluarga negara itu pada Jumaat, lapor Sputnik.

Jumlah korban pula mencapai 318,895 orang dengan 3,660 kematian baru dicatatkan dalam tempoh sama.

Sehari sebelumnya, India mengesahkan 211,298 kes baru Covid-19 baru selain 3,847 kematian.

India menjadi negara kedua tertinggi dari segi jumlah kes Covid-19 yang disahkan selepas Amerika Syarikat dengan lebih 33.21 juta yang dijangkiti.

Sehingga kini, lebih 168.77 juta orang dijangkiti coronavirus di seluruh dunia, dengan lebih 3.5 juta kematian, menurut Johns Hopkins University.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS