Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ramai terlepas janji temu untuk dapatkan vaksin
Diterbitkan:  May 26, 2021 2:21 PM
Dikemaskini: 6:24 AM

Program vaksinasi Covid-19 menghampiri sasarannya untuk memberikan suntikan sebanyak 150,000 dos sehari pada bulan Jun.

Bagaimanapun ramai yang telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin terlepas janji temu mereka.

Dalam kemas kini di media sosial hari ini, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) berkata, sebanyak 99,552 dos vaksin telah diberikan kepada penerima semalam.

Daripada jumlah tersebut sebanyak 68,958 adalah dos pertama dan selebihnya adalah dos kedua.

Di seluruh negara, sebanyak 45.6 peratus golongan dewasa telah mendaftar program vaksinasi.

Namun timbul masalah apabila terdapat ramai individu yang tidak dapat memenuhi janji temu mereka.

Harian Metro hari ini melaporkan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah Dr Mohd Fikri Ujang berkata, seramai 10,827 daripada 30,100 orang yang diberi janji temu tidak hadir untuk menerima suntikan antara 19 April hingga Sabtu lalu.

Katanya, antara punca mereka tidak hadir adalah bertukar fikiran dan belum bersedia untuk menerima suntikan vaksin.

"Selain itu mereka turut memberitahu bahawa mereka tiada kenderaan untuk hadir ke Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) malah ada yang turut memohon untuk menukar tarikh pada saat akhir," katanya.

Bagaimanapun, Dr Mohd Fikri memaklumkan kesemua dos vaksin itu sudah diberikan kepada individu lain dalam senarai simpanan (standby list) sedia ada.

Di Kelantan, tidak mahir menggunakan aplikasi MySejahtera antara sebab warga emas gagal hadir temu janji mereka untuk mendapatkan vaksin.

Semalam, Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa tampil memujuk rakyat di negeri itu supaya turut serta dalam program imunisasi kebangsaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS