Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
97 terkorban akibat Covid-19 di Kelantan sejak Januari

Sebanyak 97 kematian akibat Covid-19 dicatat di Kelantan sejak awal Januari hingga semalam, menjadikan jumlah kumulatif korban akibat wabak itu di negeri berkenaan menjadi 104 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Kelantan Dr Zaini Hussin berkata kadar kematian dalam tempoh dua minggu lalu membimbangkan iaitu purata empat kematian sehari dengan kebanyakannya mempunyai faktor umur dan risiko akibat penyakit lain.

“Justeru, saya mengharapkan masyarakat patuh kepada prosedur operasi standard (SOP),” katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan pembukaan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) ke-11 di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Malaysia Kelantan di Tanjong Chat, Kota Bharu hari ini.

Mengenai PKRC itu, Zaini menjelaskan kesemua pesakit yang bakal ditempatkan di situ adalah wanita, sekali gus menjadi PKRC di luar fasiliti kesihatan ketiga untuk golongan berkenaan selepas Tanah Merah dan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa.

Zaini berkata penubuhan PKRC ke-11 itu susulan peningkatan angka kes jangkitan Covid-19 di Kelantan terutama selepas Aidilfitri baru-baru ini.

"Kini kami sedang mempersiapkan auditorium di JKKM Tanjong Chat bagi menempatkan 220 pesakit khusus untuk golongan wanita.

"Sehingga kini terdapat 1,726 pesakit Covid-19 di PKRC seluruh Kelantan dengan jumlah katil sebanyak 2,044 secara keseluruhan," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS