Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pecah rekod - 7,289 kes baru, 60 kematian
Diterbitkan:  May 25, 2021 3:22 PM
Dikemaskini: 12:19 PM

Sebanyak 7,289 kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini selepas beberapa hari jangkitan baru mencatat lebih 6,000 kes.

Ini jangkitan harian tertinggi setakat wabak melanda negara.

Jumlah kes aktif, pesakit dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan juga mencapai bilangan tertinggi hari ini.

Maklumat utama wabak Covid-19 hari ini:

  • Pesakit sembuh: 3,789
  • Kes baru: 7,289
  • Pesakit dalam ICU: 726
  • Pesakit perlukan bantuan pernafasan: 373
  • Kematian: 60

Jumlah kes baru di Lembah Klang - yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya - adalah sebanyak 3,269 kes.

Setakat semalam, kadar R-naught untuk seluruh negara adalah 1.20. Kadar R-naught lebih daripada 1.00 menunjukkan penularan yang kian meningkat.

Semua negeri dan wilayah persekutuan mempunyai kadar yang lebih daripada 1.00. Malah di Labuan, kadar R-naught adalah 2.51.

Kematian

Seramai 60 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia hari ini, menjadikan jumlah korban setakat ini sebanyak 2,369 orang.

Kematian dilaporkan di Selangor (15), Johor (10), Sarawak (6), Kedah (6), Kuala Lumpur (5), Sabah (3), Pulau Pinang (3), Perak (3), Kelantan (3), Negeri Sembilan (2), Melaka (2), Pahang (1) dan Terengganu (1).

Antara korban hari ini adalah kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang mengidap Leukemia, di Sabah. Seramai empat yang meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital.

Bagi maklumat terperinci berkenaan kematian berkaitan Covid-19, boleh layari laman penjejak Malaysiakini di sini.

Kluster

Terdapat 15 lagi kluster baru yang dikenal pasti hari ini, menjadikan jumlah kluster aktif kepada 577 kluster.

Bagi kluster baru, sepuluh daripadanya adalah kategori tempat kerja disusuli dengan empat kluster komuniti dan satu kluster keagamaan.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS