Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Covid-19 di Kelantan: Penggunaan 11 wad di HRPZ II cecah 98 peratus

Penggunaan 11 wad pesakit Covid-19 di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Bharu kini mencapai 98 peratus daripada kapasitinya, kata pengarah Dr Selasawati Ghazali.

Menurutnya pada pertengahan Mac lepas hospital itu hanya menyediakan satu wad pesakit Covid-19 dengan 14 katil dan empat katil bagi unit rawatan rapi (ICU), namun bilangannya ditambah kepada 11 wad susulan peningkatan kes tersebut di Kelantan.

"Buat masa ini jumlah katil di wad biasa ialah 198 manakala bagi pesakit Covid-19 sebanyak 238 katil.

"Bagi wad ICU pesakit Covid-19 pula, kami terpaksa menambahnya daripada empat katil kepada 42 katil bagi menampung kemasukan pesakit," katanya yang ditemui pemberita di Pusat Rawatan Harian HRPZ II hari ini.

Mengulas lanjut, Selasawati berkata HRPZ II yang beroperasi sebagai hospital hibrid Covid-19 tetap menerima kemasukan kes bukan Covid-19.

Katanya bagi kes bukan Covid-19 yang agak stabil, pesakit dipindahkan ke hospital daerah lain dan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Bagi rawatan pesakit Covid-19 pula, katanya pihak hospital perlu memikirkan penambahan katil bagi pesakit bergejala teruk iaitu kategori empat dan lima mengikut keperluan.

"Bagi kategori satu, dua dan tiga, pesakit ini akan ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) untuk pemantauan.

"Sekiranya bergejala teruk, mereka akan dihantar ke wad untuk rawatan," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS