Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Fahmi Fadzil kuarantin lepas kontak rapat pesakit Covid-19
Diterbitkan:  May 22, 2021 8:22 PM
Dikemaskini: 12:22 PM

Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil akan menjalani kuarantin kendiri di rumah selepas menjadi kontak rapat dengan pesakit positif Covid-19.

Fahmi membuat hantaran di media sosial, berkata kuarantin mandatorinya bermula semalam sehingga 30 Mei depan.

Ujian RTK dan PCR yang dibuat Fahmi pada 19 Mei menunjukkan hasil negatif untuk virus itu.

"Pejabat ahli parlimen beroperasi seperti biasa, ikut SOP. Saya bekerja dari rumah. Stay safe semua," katanya.

Ini kali kedua wakil rakyat PKR itu menjalani kuarantin.

Pada September lalu, dia dan kakitangan pejabatnya diarahkan menjalani kuarantin.

Ini selepas salah seorang kakitangannya yang pulang drai Sabah diuji positif Covid-19.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS