Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKP3.0: Arahan kerja dari rumah di Semenanjung, Labuan

Arahan baru kerja dari rumah bagi perintah kawalan pergerakan (PKP3.0) yang diperketat dijangka melibatkan hampir tujuh juta pekerja di sektor swasta dan awam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri hari ini.

Langkah ini akan dilaksanakan di Semenanjung Malaysia dan Labuan mulai 25 Mei ke 7 Jun.

Arahan ini, jelas Ismail melibatkan 80 peratus kakitangan awam dengan 750,000 pekerja dan 40 peratus di sektor swasta melibatkan lebih enam juta pekerja.

Katanya, SOP baru itu sebahagian daripada strategi kerajaan untuk mengurangkan pergerakan orang ramai dengan mengurangkan waktu operasi premis komersial dari jam 10 malam hingga 8 malam sebelumnya.

Di jalan raya, katanya pihak berkuasa akan membuat lebih banyak sekatan jalan raya bersama dengan peningkatan pemantauan oleh semua agensi yang diberi kuasa untuk mengeluarkan kompaun terhadap mereka yang melanggar SOP PKP.

Dia berkata demikian pada sidang media bersama dengan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah di Putrajaya hari ini.

'Tak boleh bawa Grab masa kerja dari rumah'

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali berkata semua ketua jabatan hendaklah melaksanakan arahan bekerja dari rumah dengan merancang kehadiran 20 peratus saja penjawat awam yang diperlukan di pejabat.

"Kehadiran ke pejabat hanya bagi proses kerja yang tidak boleh dilksanakan secara bekerja dari rumah dan memerlukan keberadaan di pejabat," kata Zuki menjelaskan hampir semua mesyuarat akan dibuat dalam talian.

Bagi majoriti yang bekerja dari rumah, dia berkata mereka akan terikat dengan peraturan termasuk dilarang melakukan aktiviti peribadi pada waktu bekerja.

Katanya, aktiviti terlarang seperti menjadi pemandu Grab atau tidak berada di rumah semasa waktu bekerja.

Selain, arahan kerja dari rumah, strategi serampang dua mata kerajaan untuk menghadkan pergerakan orang ramai juga meliputi sekatan operasi perniagaan dari 8 pagi ke 8 malam.

SOP diperketatkan ini meliputi pusat beli-belah, kedai serbaneka, gerai, dobi dan stesen minyak (kecuali di lebuh raya).

Sebelum ini, perniagaan dibenar beroperasi dari 6 pagi hingga 10 malam.

Perniagaan pasar malam pula dibenarkan beroperasi dari 4 petang ke 10 malam, kata menteri kanan.

[Baca laporan asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS