Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
MTEM: Transaksi tanpa sentuh guna 'kad hijau' kawal jangkitan
Diterbitkan:  May 22, 2021 3:14 PM
Dikemaskini: 7:14 AM

Demi menjaga keselamatan ketika negara berdepan dengan peningkatan kes jangkitan Covid-19, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu Berhad (MTEM) mencadangkan supaya pengurusan syarikat dalam pelbagai sektor meningkatkan penggunaan digitalisasi seperti penggunaan ‘kad hijau’.

Felo Kanan MTEM, Ahmad Yazid Othman berkata ia merupakan sebahagian daripada inisiatif tersebut merangkumi segala transaksi tanpa sentuh dan urusan pengurusan pekerja asing demi memastikan rantaian Covid-19 terputus.

“Segala transaksi tanpa sentuh mahupun pembayaran secara digital amatlah penting demi memastikan rantaian Covid-19 terhapus.

“Saya dapat melihat terdapat sistem yang mampu membantu banyak pihak terutama di tempat kerja.

“Sebagai contoh, baru-baru ini kerjasama antara CIDB dan Bayo Pay telah membuka jalan penyelesaian yang kreatif bagi membantu syarikat pembinaan dan juga pekerjanya dari segi penyelesaian untuk pembayaran dengan memperkenalkan ‘Kad Hijau’, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dia turut memberi contoh di mana fungsi kad hijau itu membolehkan pekerja asing membuat pembayaran dan pembelian dengan hanya menggunakan kad tersebut dan aplikasi di telefon pintar mereka, memandangkan kebanyakan daripada mereka berdepan dengan kesukaran untuk memiliki kad bank untuk menyimpan gaji mereka.

“Malah dengan Kad ini kita boleh kenal pasti di mana tempat tinggal mereka yang boleh dilawati pihak berkuasa sekiranya ia selari dengan Akta, yang menjadi punca penularan virus di kalangan mereka,” katanya.

Tambah Ahmad Yazid, syarikat tempatan Bayo Pay perlu mengambil peluang dalam mengembangkan perkhidmatan kad hijau tersebut kepada sektor lain seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), syarikat-syarikat insurans dan termasuklah syarikat besar seperti Sime Darby Plantations dan Felda.

“MTEM juga mengingatkan pihak yang bertanggungjawab untuk tidak mengambil mudah inisiatif digitalisasi dalam agensi yang melibatkan keselamatan dalam negara termasuklah dalam urusan pengurusan pekerja asing.

“Kita bukan sahaja perlu utamakan solusi yang dihasilkan tenaga kerja tempatan tapi perlu juga dipastikan mereka yang terlibat atau yang mendapat laba, berintegriti tinggi dan tidak tercalar dengan gejala rasuah dan mempunyai penglibatan dengan kartel pemerdagangan manusia atau sebagainya,” katanya. 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS