Paling Popular
Terkini
story images
story images

Seorang maut di tempat kejadian manakala sebuah kereta yang dipercayai membawa mercun meletup dan terputus dua di Simpang Empat, Kampung Sireh, Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darulnaim, Mohd Ridzuan Ali berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada jam 5.39 petang dan mengarahkan 12 anggota dari dua unit Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Darulnaim dan Balai Bomba Penyelamat (BBP) Tunjong ke tempat kejadian.

“Terdapat lima buah kenderaan berdekatan juga terlibat.

“Operasi menyelamat dilakukan dengan kekuatan 12 anggota anggota bomba dari unit BBP Kota Darulnaim dan BBP Tunjung,” katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada media, di Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu, kejadian tersebut turut tular di media sosial antaranya memaparkan kereta terbakar susulan satu letupan kuat.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, DC Shafien Mamat berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan punca kereta yang dipercayai meletup itu kerana membawa mercun bola.

Jelasnya, mangsa tercampak 20 meter daripada lokasi kejadian akibat letupan itu dan juga menyebabkan kenderaan dinaiki mangsa juga terputus dua.

"Difahamkan empat lagi mangsa yang turut terlibat dalam kenderaan berbeza kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk rawatan lanjut.

"Dalam kejadian itu juga menyebabkan salah seorang daripada anggota polis turut mengalami kecederaan dan kini dirawat di HRPZII.

"Saya menyeru kepada orang ramai yang melihat kejadian berkenaan tampil menyalurkan maklumat dan membantu siasatan polis," katanya kepada media ketika ditemui di lokasi kejadian.

Tambahnya Shafien, kes akan disiasat dengan lebih lanjut di bawah Seksyen 8 Akta Bahan-bahan Letupan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS