Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
6,493 kes: Kecuali Perlis, kes semua negeri tiga angka ke atas
Diterbitkan:  May 21, 2021 3:14 PM
Dikemaskini: 1:04 PM

Sebanyak 6,493 kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 498,795 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Lembah Klang terus merekodkan kes harian tertinggi, dengan Selangor  2,163 kes dan Kuala Lumpur 641 kes.

Kebanyakan negeri mencatat kes tiga angka, kecuali Perlis (3) dan dua Wilayah Persekutuan - Labuan (84), Putrajaya (20).

Menurut Dr Noor Hisham sebanyak 50 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 22 kes di Selangor, lapan kes di Sarawak, lima kes di Johor, empat kes di Kedah, tiga kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing dua kes di Negeri Sembilan, Perak, dan Melaka, serta masing-masing satu kes di Pulau Pinang dan Kelantan.

Seramai 643 pesakit memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 363 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, kes aktif dengan kebolehjangkitan kini sebanyak 52,106 kes.

Menurut Noor Hisham terdapat 18 kluster baru dikesan hari ini melibatkan 10 kluster di tempat kerja, lima kluster keagamaan dan tiga kluster komuniti, menjadikan jumlah kluster aktif kini 529 kluster.

Kluster tempat kerja melibatkan Kluster Persiaran Perbandaran dan Kluster Industri Balakong Tiga di Selangor; Kluster Jalan Wan Kadir (Kuala Lumpur dan Selangor); Kluster Jalan Simpang Tiga (Sarawak); Kluster Jalan Datin Halimah dan Kluster Jalan Mengkibol (Johor).

Kawasan lain terlibat dengan kluster tempat kerja adalah Kluster Jalan Selat di Perak; Kluster Industri Senawang (Negeri Sembilan); Kluster Sungai Keluang 2 (Pulau Pinang) dan Kluster Industri Kelemak (Melaka).

Kluster keagamaan pula melibatkan Kluster Jalan Kota Raja dan Kluster Kampung Mujahidin di Selangor; Kluster Sri Penara dan Taman Setiawangsa (Kuala Lumpur) serta Kluster Jalan Surau Stulang (Johor).

Kluster komuniti pula membabitkan Kluster Susur Larut di Perak; Kluster Jalan Tanjung Minyak (Melaka) dan Kluster Simpang Sahari (Labuan).

Status ringkas:

  • Kes sembuh : 4,508 kes (444,540 kes kumulatif, 89.1%);
  • Kes baru : 6,493 kes (498,795 kes kumulatif);
  • Kes import : 2 kes (1 warganegara; 1 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 6,491 kes [6,038 warganegara (93.0%); 453 bukan warganegara (7.0%)];
  • Kes aktif : 52,106 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :643 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 363 kes;
  • Kes kematian : 50 kes (2,149 kes kumulatif, 0.43%; 49 warganegara, 1 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 1,984 kluster;
  • Jumlah kluster baru : 18 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,455 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 529 kluster.

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

  • Selangor - 2,163 (163,747)
  • WP KL - 641 (52,538)
  • Sarawak - 612 (40,871)
  • Kelantan - 467 (21,307)
  • Kedah - 434 (14,621)
  • Johor - 406 (52,937)
  • Sabah - 144 (60,053)
  • Johor - 406 (52,937)
  • P Pinang - 302 (25,004)
  • N Sembilan - 370 (21,874)
  • Perak - 382 (17,994)
  • Melaka - 165 (9,377)
  • Pahang - 161 (7,282)
  • Terengganu - 139 (6,516)
  • WP Labuan - 84 (2,638)
  • WP Putrajaya -20 (1,626)
  • Perlis - 3 (410)


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS