GLOBAL l Berikut adalah maklumat terkini mengenai jumlah kes Covid-19 di beberapa negara di dunia setakat 10 pagi hari ini.
Sehingga 20 Mei menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal di kedudukan teratas dengan sejumlah 32,676,954 kes dan 581,605,166 kematian. Diikuti India dengan 25,772,440 kes dan 287,122 kematian. Brazil pula di kedudukan ketiga sebanyak 15,732,836 kes dan 439,050 kematian.
Negara ASEAN termasuk Malaysia mencatatkan jumlah kes dan kematian lebih rendah jika dibandingkan dengan jumlah penduduk, namun tetap berwaspada terhadap varian baharu.
Semua negara tersenarai telah meningkatkan program vaksinasi kebangsaan dengan Vietnam pada Khamis mewujudkan dana vaksin Covid-19 untuk memenuhi permintaan yang tinggi.
Negara Jumlah kes Kes baru Kematian Jumlah vaksinasi
AS 32,676, 954 29,792 581,717 126,605,166
INDIA 25,772,440 276,110 287,122 41,076,994
BRAZIL 15,732,836 75,445 439,050 17,722,720
PERANCIS 5,820,918 18,780 107,403 9,300,413
INDONESIA 1,753,101 4,871 48,669 9,276,187
FILIPINA 1,159,079 4,700 19,507 786,528
MALAYSIA 492,302 6,806 2,099 890,829
THAILAND 119,585 2,636 703 892,245
SINGAPURA 61,689 38 31 1,440,544
VIETNAM 4,720 177 38 28,852
Jumlah itu berdasarkan data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), negara ASEAN, Our World Data dan John Hopkins Coronavirus Resource Centre
- Bernama