Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Khairy: Syarikat tawar 2 juta dos vaksin pada P Pinang tak wujud

Syarikat yang menawarkan untuk menyumbang dua juta dos vaksin Sinovac kepada Pulau Pinang adalah tidak wujud, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Khairy memaklumkan perkara itu kepada pemberita dalam sidang media dalam talian hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan pihaknya menunjukkan syarikat itu tidak wujud.

Dia juga berkata Sinovac dan pemegang lesennya di Malaysia, Pharmaniaga, juga tidak dihubungi atau menerima pesanan daripada syarikat tersebut.

"Susulan sidang media oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Lim Guan Eng semalam, saya buat pemeriksaan berkenaan tawaran untuk sumbang vaksin kepada Pulau Pinang.

"Syarikat ini dikatakan didaftarkan di Hong Kong, tapi pemeriksaan rekod syarikat di Hong Kong dapati syarikat ini tak wujud. Kita juga periksa dengan Sinovac (yang maklumkan) tiada apa-apa urusan dengannya.

"Senang kata, apa yang ditunjuk ketua menteri Pulau Pinang kononnya ada tawaran dua juta dos adalah perkara palsu.

"Ini adalah palsu dan scam. Ini tak benar sama sekali," katanya.

Khairy mengadakan sidang media hari ini bagi menjawab kenyataan Chow dan Lim semalma, yang antara lain mendakwa kerajaan persekutuan cuba menyekat usaha Pulau Pinang untuk menerima sumbangan vaksin.

Menurutnya lagi, pihaknya juga memeriksa individu yang membuat tawaran sumbangan kepada Chow menerusi sepucuk surat pada Februari lalu.

"Tiada siapa kenal siapa Yong Chee Kong ini yang guna alamat di Kota Kinabalu, Sabah," katanya.

[Baca laporan penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS