Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MB Kedah: P Pinang kena bayar air mentah dulu, jangan alih isu pampasan

Kerajaan negeri Pulau Pinang diingatkan supaya tidak mengalihkan isu tuntutan caj air mentah kepada soal pampasan yang perlu dituntut oleh kerajaan Kedah daripada kerajaan Persekutuan bagi memulihara kawasan tadahan air di Ulu Muda.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata Pulau Pinang khususnya melalui Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sepatutnya berhenti mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu kerana kerajaan Kedah tidak akan berganjak daripada keputusan untuk menuntut bayaran daripada negeri itu.

"Saya minta bayaran daripada Pulau Pinang. Pampasan saya tahulah minta dekat (kerajaan) Pusat... Pulau Pinang kena bayar air mentah, takkan nak suruh federal (kerajaan pusat) bayar...," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan Tabung Bantuan Palestin PAS Kedah di Kota Sarang Semut hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP Datuk Jaseni Maidinsa hari ini yang kononnya menyokong sepenuhnya tindakan kerajaan Kedah untuk mendapatkan pampasan daripada kerajaan persekutuan bagi melindungi dan memulihara Ulu Muda.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi berkata pihaknya telah menghantar dokumen-dokumen berkaitan termasuk yang mengandungi keterangan pakar berhubung isu bekalan air di Kedah kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air yang akan bertindak sebagai orang tengah untuk menyelesaikan 'pertelingkahan' itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS