Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis siasat sambutan raya beramai-ramai di Telok Gong
Diterbitkan:  May 18, 2021 1:19 PM
Dikemaskini: 5:19 AM

Polis sedang menyiasat dakwaan kejadian pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sambutan Hari Raya Aidilfitri di sebuah rumah di Telok Gong, Pelabuhan Klang, berdasarkan satu klip video yang tular dalam laman sosial.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata rakaman video itu yang tular dua hari lepas, memaparkan sambutan Hari Raya Aidilfitri diraikan beramai-ramai di dalam rumah terbabit.

"Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 17 P.U (A) 225/2021 kerana melanggar SOP PKP,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata kertas siasatan kes tersebut akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS