Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MCA gesa Selangor guna rizab negeri bantu rakyat
Diterbitkan:  May 18, 2021 8:09 AM
Dikemaskini: 12:09 AM

Kerajaan negeri Selangor digesa menggunakan rizab RM2.56 bilion di negeri itu untuk meringankan beban rakyat.

Ahli jawatankuasa pusat MCA Lau Chin Kok dalam satu kenyataan mencadangkan agar kerajaan negeri memberikan bantuan tunai RM1,000 kepada setiap penjaja.

Dia juga menggesa bantuan tunai bulanan sebanyak RM300 diberikan kepada setiap individu yang menganggur di Selangor selama tiga bulan.

"Program pinjaman tanpa faedah berjumlah RM500 juta untuk PKS di Selangor harus dilakukan," katanya sambil menambah subsidi gaji 50 peratus harus diberikan untuk PKS selama tiga bulan.

Selain itu Lau berkata kerajaan negeri juga tidak boleh meminggirkan pengusaha industri hiburan dan pelancongan dengan memberikan mereka bantuan kewangan khas.

Katanya, Selangor yang diterajui oleh Pakatan Harapan harus membantu industri dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang dilanda wabak Covid-19 kerana sebahagian daripada mereka masih atau dilarang beroperasi.

"Walaupun Selangor mencatat jumlah kes tertinggi yang dijangkiti Covid-19, kerajaan negeri PH tidak menunjukkan kesungguhan dan keberanian untuk memerangi wabak itu dengan polisi yang kuat, menyebabkan semua lapisan masyarakat terus terkesan dengan penyakit berjangkit ini.

"Kerajaan negeri harus memanfaatkan sumber daya dan strategi sendiri untuk memperkenalkan lebih banyak kemudahan dan polisi sokongan untuk membantu rakyat dan berbagai industri," katanya .

"Walaupun terdapat kesan penularan Covid-19, prestasi kewangan Selangor tetap sihat. Bbagaimanapun, penduduk di Selangor dan pelbagai industri berada dalam keadaan yang sangat teruk dan sangat memerlukan bantuan kerajaan," katanya.

"Kerajan negeri harus mengeluarkan sebagian daripada rizabnya untuk membantu rakyat," katanya.

Pada bulan Mac tahun lalu, Selangor mengumumkan fasa pertama pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM272.5 juta untuk menangani kesan wabak tersebut.

Pada Julai tahun yang sama, kerajaan negeri memperuntukkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin bernilai RM413.9 juta.

Awal tahun ini, pakej rangsangan ekonomi bernilai RM73.877 juta yang digelar Pakej Kita Selangor dilancarkan untuk meringankan beban dihadapi rakyat.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS