Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ancaman Israel: PDRM pertingkat kawalan keselamatan - IGP

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga dan mengambil langkah-langkah perlu untuk meningkatkan tahap kawalan keselamatan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini terjamin.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata PDRM memandang serius ancaman keselamatan yang dikeluarkan oleh Israel terhadap pemimpin pergerakan perjuangan Palestin yang berada di seluruh dunia termasuk Malaysia.

“PDRM akan terus mengambil langkah-langkah perlu untuk meningkatkan tahap kawalan keselamatan daripada semua aspek,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata PDRM akan terus memantau isu itu dari semasa ke semasa bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Sehubungan itu, Acryl Sani menasihati orang ramai agar bertenang.

Semalam, tular di media sosial mengenai pergerakan perisikan Israel yang didakwa akan menghapuskan pemimpin pejuangan Palestin yang berada di seluruh dunia termasuk Malaysia.

-  Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS