Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Himpunan di Parit Raja acara tahunan sempena raya

Sebahagian besar daripada 20 individu yang ditangkap berhubung perhimpunan haram di Parit Raja, Batu Pahat, Johor baru-baru ini dikatakan cuma mereka yang biasa terbabit dalam acara tahunan sempena raya.

Menurut dua sumber yang bercakap kepada Malaysiakini, mereka mendakwa perjumpaan penduduk tempatan bermotosikal dengan mercun dan suar pada malam hari raya adalah pemandangan biasa setiap tahun di situ.

Cuma katanya tahun ini ada sekumpulan kecil individu membawa sepanduk tertera perkataan "Kerajaan gagal" sebagai mengkritik kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah, sebelum ini berkata sepanduk yang sama juga ditemui digantung di jejantas pejalan kaki di Jalan Parit Raja menghala ke Ayer Hitam.

Tiga belas daripada 20 individu yang direman berhubung kejadian itu dibebaskan dengan jaminan semalam.

Sementara itu, peguam Dahlia Tan memberitahu, polis mendapat kebenaran untuk menahan reman selama dua hari mulai hari ini terhadap baki tujuh individu yang ditahan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 144 Kanun Keseksaan, Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan Seksyen 8 Akta Peledak 1957, dan Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 .

Menurut seorang sumber yang termasuk dalam kumpulan individu yang dibebaskan, dia tiba di lokasi berkenaan hanya setelah mendapati rusuhan berlaku.

"Saya tidak tahu siapa yang merancang kejadian sepanduk... (tapi) berhimpun dengan motosikal, mercun dan suar, itu kami lakukan setiap tahun di sini (di Parit Raja)," kata remaja yang meminta namanya tidak didedahkan.

"Kami juga tidak tahu apa yang dirancang," tambahnya.

Seorang lagi iaitu sumber DAP berkata mereka diberitahu memang setiap tahun apabila datangnya 1 Syawal kebanyakan golongan muda di situ meraikannya dengan berkumpul bersama motosikal masing-masing.

Sambil menyifatkan majoriti individu yang ditangkap tidak mengetahui adanya agenda tertentu, sumber itu mendakwa ada sedikit bantahan terhadap mesej 'kerajaan gagal' tahun ini.

Kesemua 20 lelaki berusia antara 16 dan 28 tahun itu ditahan berikutan maklumat orang ramai setelah menemui sepanduk di Parit Raja pada 13 Mei.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS