Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Kali terakhir berhubung melalui panggilan video raya pertama'

 "Tak ada apa apa yang luar biasa. Kali terakhir kami berhubung pada raya pertama melalui panggilan video."

Demikian perkongsian detik-detik akhir bersama Kamaruddin Yusof, 58, bapa kepada atlet memanah negara, Haziq, 27, yang meninggal dunia secara mengejut semalam.

Mengakui masih terkejut dengan kehilangan Haziq, beliau menjelaskan beliau dan keluarga sudah lama tidak bertemu kerana tidak boleh merentas daerah.

"Masa buat panggilan video, dia cakap sihat. Dia cerita semuanya bagus," katanya yang ditemui pemberita selepas selesai pengebumian Allahyarham Haziq pagi ini.

Tambah Kamaruddin, anak kedua daripada tiga beradik itu juga teruja bercerita mengenai latihan dan persiapannya untuk ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Jepun nanti.

" Apapun saya reda. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu melancarkan urusan jenazah arwah," katanya menahan sebak.

Terdahulu, Allahyarham Haziq selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Koperasi Serkam Darat, Merlimau kira-kira 1.40 pagi tadi.

Pemanah recurve itu meninggal dunia selepas rebah di rumahnya di Kajang selepas menunaikan solat subuh pagi semalam.

Haziq kemudian digegaskan ke Hospital Kajang namun disahkan meninggal dunia pada 9.37 pagi.

Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS