Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Semoga Muhyiddin berpijak di bumi nyata, tahniah orang Pt Raja’
Diterbitkan:  May 14, 2021 10:44 AM
Dikemaskini: 4:39 AM

Anggota Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi menafikan kaitannya dengan insiden rusuhan di Johor semalam yang membantah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga menyaksikan seorang pemuda ditahan polis.

“Ada individu yang cuba kaitkan saya dengan kejadian perhimpunan, bakar suar dan pamer kain rentang 'Kerajaan Gagal' di Parit Raja, Batu Pahat.

“Mungkin, pertama kerana saya Ketua Umno Bahagian Batu Pahat. Kedua, kerana saya konsisten mengatakan kerajaan PM 8 (Muhyiddin Yassin) memang ‘Kerajaan Gagal’.

“Perlu dijelaskan, Pt Raja berada dalam kawasan Parlimen Seri Gading bukan Parlimen Batu Pahat. Maka jangan tuduh semberono,” katanya dalam satu catatan di Facebook, hari ini.

Sebaliknya, Puad berkata, kerajaan dan pemimpin perlu memikirkan mengapa pada hari raya pertama, ada rakyat yang sanggup melakukan perkara tersebut.

“Jangan fikir soal nak tangkap mereka sahaja.

“Bukan itu sahaja, ada yang berhari raya di lebuh raya sambil tayang sepanduk ‘Kerajaan Gagal,” katanya.

Puad seterusnya mengucapkan tahniah kepada orang di Parit Raja yang membuat bantahan bekenaan.

“Semoga PM 8 (Muhyddin) berpijak di bumi nyata. Tahniah orang Parit Raja,” katanya.

Polis telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes insiden merusuh itu yang tular dalam laman sosial semalam.

Lelaki tempatan berumur 21 tahun itu dilaporkan ditahan ketika dipanggil untuk memberi keterangan mengenai kejadian di Balai Polis Parit Raja, Batu Pahat, kira-kira jam 8.30 malam tadi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS