Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Covid-19: 3,973 kes baru, 22 lagi kematian
Diterbitkan:  May 11, 2021 4:47 PM
Dikemaskini: 10:56 AM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan 3,973 kes baru berbanding, 3,807 semalam dan 3,733 kes Covid-19 yang dicatatakan Ahad lalu. Ini menjadikan 38,499 kes aktif setakat ini.

Ini menjadikan 38,499 kes aktif setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, pada sidang akhbarnya,  bersama Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob di Pejabat Perdana Menteri, di Putrajaya, hari ini juga memberitahu bahawa 453 kes sedang dirawat di ICU dengan 244 mereka memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Terdapat 22 kes kematian pada hari ini yang melibatkan enam kes di Selangor, lima kes di Kelantan, tiga kes di Johor, masing-masing dua es di Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, serta masing-masing satu kes di Sabah, Sarawak, Kedah, dan Pahang,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, 80 peratus jangkitan bukan melibatkan kluster tetapi kes sporadik.

Berikut perangkaan utama mengenai kes hari ini:

Kes sembuh: 2,848 kes (408,236 kes kumulatif, 91.0%)

Kes baharu: 3,973 kes (448,457 kes kumulatif)

Kes import: 5 kes (1 warganegara, 4 bukan warganegara)

Kes tempatan: 3,968 kes [3,540 warganegara (89.2%); 428 bukan warganegara (10.8%)

Kes aktif: 38,499 kes

Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 453 kes

Kes memerlukan bantuan pernafasan: 244 kes

Kes kematian: 22 kes (1,722 kes kumulatif, 0.38%; 22 warganegara)

Jumlah kluster: 1,820 kluster

Jumlah kluster baharu: 13 kluster

Jumlah kluster yang telah tamat:1,366 kluster; dan

Jumlah kluster aktif: 454 kluster

Pecahan mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor - 1,328 (145,747)

Sabah - 50 (59,003)

Johor - 384 (48,612)

WP KL - 483 (47,701)

Sarawak - 512 (36,321)

Pulau Pinang - 187 (22,333)

Negeri Sembilan - 126 (20,026)

Kelantan - 321 (17,751)

Perak - 140 (15,863)

Kedah - 174 (11,596)

Melaka - 79 (8,168)

Pahang - 85 (5,951)

Terengganu - 93 (5,034)

WP Labuan - 3 (2,491)

WP Putrajaya - 8 (1,479)

Perlis - 0 (381)

Sementara itu, menerusi kenyataan media rasmi mengenai penularan Covid-19, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat 13 lagi kluster baharu dikesan hari ini termasuk empat daripadanya melibatkan kluster keagamaan dan tiga kluster di tempat kerja.

Kluster keagamaan melibatkan Kluster Jalan Haji Abdul Aziz di Selangor, Kluster Pauh Lima (Kelantan), Kluster Jalan Dato Setia (Johor) dan Kluster Dah Penghulu (Kedah) manakala kluster di tempat kerja meliputi Kluster Jalan Utarid Lima dan Kluster Jalan Sepuluh Industri Miel di Selangor serta KlusterJalan Serkam di Melaka dan Johor.

Bagi kluster komuniti membabitkan Kluster Bako Hilir di Sarawak dan Banggol Gajah Mati di Kelantan, manakala Kluster Dah Amanjaya 2 di Kedah adalah kluster kumpulan berisiko tinggi.

“Kluster Kota Warisan di Selangor adalah Kluster Institusi Pendidikan; Kluster Jalan Lingkaran Ilmu di Johor (Kluster Pendidikan Tinggi) dan Kluster Jalan Mempelam di Selangor (Institusi Pendidikan Swasta Berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan),” katanya.

Mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara mulai esok, Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga berasa berat hati kerana memikirkan kesannya kepada sektor-sektor lain yang terpaksa ditutup sementara, namun pendekatan itu (PKP) terpaksa diambil kerajaan memandangkan penularan Covid-19 didapati semakin meruncing dalam negara.

“Dengan jumlah kes harian sekitar 4,000 kes, 38,499 kes aktif dan 1,722 kes kematian dilaporkan setakat hari ini, Malaysia sedang berhadapan dengan kesinambungan gelombang ketiga Covid-19 yang boleh mencetuskan suatu krisis nasional,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS