Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
KJ akui Hide ada titik buta, tak kesan premis tak guna MySejahtera

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin mengakui sistem Hotspots Identification for Dynamic Engagement (Hide)) mempunyai titik buta, (blindspot).

Dia mengatakan bahawa Hide - yang perkenalkan sebagai sistem amaran awal untuk meramalkan lokasi yang berisiko menjadi titik panas penyebaran Covid-19 - menumpukan pada lokasi yang didaftarkan di MySejahtera.

Ini bermaksud premis yang tidak memastikan pematuhan daftar masuk MySejahtera tidak akan dapat dikesan sistem Hide.

"Hide menangani lokasi yang didaftarkan di MySejahtera. Jelas terdapat titik buta untuk tempat di mana daftar masuk MySejahtera tidak dipatuhi.

"Itulah sebabnya saya menekankan pentingnya mematuhi daftar masuk MySejahtera," katanya pada sidang media dalam talian petang ini.

Khairy menjawab pertanyaan mengenai sistem Hide yang baru dilancarkan, di mana premis yang tersenarai sebagai berisiko menjadi kluster sebahagian besarnya adalah kompleks beli-belah.

Ada yang menyatakan bahawa daftar tersebut kekurangan jenis premis lain, seperti kilang dan industri di mana banyak kluster Covid-19 dikesan.

Namun, menteri itu menegaskan bahawa data dan amaran yang dikeluarkan oleh Hide adalah tepat.

Dia mengatakan bahawa lokasi yang tidak dalam liputan MySejahtera masih dilindungi dengan kerja lapangan oleh Kementerian Kesihatan.

Dia juga menegaskan bahawa pusat beli-belah berada dalam senarai lokasi Hide erana peningkatan lalu lintas di premis itu, terutama dengan perayaan Aidilfitri yang akan tiba.

"Hanya kerana ada titik buta di Hide, itu tidak bermaksud bahawa pusat beli-belah bukan titik panas.

"Ada lonjakan kegiatan di pusat perbelanjaan menjelang Hari Raya Aidilfitri," kata Khairy.

Minggu lalu, Khairy mengumumkan pelancaran Hide bagi mencegah kemungkinan berlakunya kluster jangkitan di tempat yang dikenal pasti.

Dia mengatakan bahawa sistem itu akan dapat meramalkan sama ada premis atau kawasan tertentu mungkin berubah menjadi titik panas Covid-19.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba, yang bersama-sama mempengerusikan Jawatankuasa Khas Jaminan Vaksin Covid-19 (JKJAV) bersama Khairy, mengulas langkah yang diambil oleh pihak berkuasa kesihatan apabila sebuah premis disenaraikan oleh Hide.

Menurutnya, setelah senarai lokasi Hide diumumkan, MySejahtera akan mengirimkan peringatan kepada penggunanya yang dikenal pasti sebagai kontakm kasual agar mereka dapat memantau sendiri keadaan kesihatan mereka.

Mereka yang dikenali sebagai kontak kasual dan merasa tidak sihat disarankan untuk pergi ke kemudahan kesihatan untuk pemeriksaan.

"Kedua, buat analisis senarai Hide. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan semak data individu tersenarai sama ada terdapat antara yang disenaraikan positif Covid-19 dan dan sama ada tindakan kesihatan telah diambil.

"Apabila terdapat kes positif, Pejabat Kesihatan Daerah akan jalankan siasatan, pengesanan kontak, kuarantin kontak rapat, jalankan penilaian risiko terhadap premis di daerah masing-masing.

"Penilaian juga akan dibuat sama ada perlu penutupan sementara atau tindakan pencegahan dan kawalan sahaja seperti pembersihan dan disinfeksi," katanya.

Adham mengatakan bahawa pejabat kesihatan kemudian akan mengeluarkan perintah sesuai dengan penilaian mereka, termasuk kerja pembersihan dan pemeriksaan saringan ke atas pekerja di premis, jika diperlukan.

Dia menambah bahawa kementerian juga bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain untuk memastikan pematuhan di premis, dan melakukan berhubung dengan majikan dan pemilik premis.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS