Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
118 penduduk positif Covid-19 di PKPD Mukim Bunut Su

Seramai 118 penduduk di tiga buah kampung di Mukim Bunut Susu, Pasir Mas disahkan positif Covid-19 setakat semalam.

Ia membabitkan 51 penduduk di Kampung Bechah Palas; 41 penduduk di Kampung Paya Ular dan 26 penduduk di Kampung Tualang.

Setiap kampung itu juga mencatatkan satu kematian, menjadikan jumlah tiga kematian setakat ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Zaini Hussin, berkata seramai 1,478 penduduk sudah menjalani ujian calitan.

"Kita menjangkakan proses swab test membabitkan 1,885 penduduk selesai hari ini untuk pusingan pertama.

"Keputusan ujian swab untuk 1,478 penduduk juga hampir kesemua sudah diperoleh dalam tempoh 48 jam," katanya ketika dihubungi di Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu media melaporkan ketiga-tiga perkampungan berkenaan dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) sehingga 22 Mei.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata ia susulan berlaku kenaikan kes mendadak di kawasan tersebut dengan kadar kebolehjangkitan juga tinggi.

Sementara itu Dr Zaini berkata, pihaknya mendapat kerjasama yang baik daripada penduduk kampung khususnya dalam menjalani saringan Covid-19.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS