Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pendaftaran vaksin sah meski alamat tak dipapar di MySejahtera
Diterbitkan:  May 10, 2021 2:29 PM
Dikemaskini: 6:29 AM

Pendaftaran vaksin Covid-19 masih sah walaupun alamat anda tidak dipaparkan di halaman profil.

Perkara itu dimaklumkan Jawatankuasa Khas Jaminan Vaksin Vaksin Covid-19 (JKJAV) susulan dakwaan di media sosial bahawa pendaftaran gagal kerana tidak menunjukkan alamat pendaftar.

JKJAV, menjawab aduan di Twitter, menjelaskan bahawa paparan alamat adalah ciri terbaru.

"Alamat yang anda daftarkan pada awalnya adalah sah dan direkodkan. Paparan pada gambar sebelah kanan adalah ciri terbaru MySejahtera," katanya.

JKJAV menambah bahawa menukar alamat seseorang tidak akan mempengaruhi giliran vaksin Covid-19.

"Anda tidak perlu mengemas kini alamat jika ia betul. Ini tidak mempengaruhi kedudukan anda dalam barisan," katanya.

Sebelum ini, beredar dakwaan mesej di media sosial yang mendakwa terdapat masalah dalam sistem pendaftaran vaksinasi MySejahtera.

Ia mendakwa bahawa pendaftaran dianggap tidak lengkap sekiranya aplikasi MySejahtera tidak memaparkan negeri dan poskod di halaman profil.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS