Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sebelum sektor sosial buka kembali, PKP 2.0 berjaya turunkan kes
Diterbitkan:  May 8, 2021 9:44 PM
Dikemaskini: 1:44 PM

Pelaksanaan perintah kawalan pergerakan kali kedua (PKP) 2.0 telah berjaya mengekang kes Covid-19 mencapai lima digit, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Hisham Abdullah.

Jelasnya, jumlah kes harian juga menurun selepas enam minggu pelaksanaan PKP tersebut.

Bagaimanapun, jelasnya pada waktu kritikal - awal Mac - kes meningkat semula.

Tambahnya, ketika itu beberapa sektor pendidikan, keagamaan dan sukan telah dibenarkan beroperasi.

“Kita benarkan sektor sosial, pendidikan, agama, sukan untuk berfungsi dengan satu syarat. Syarat itu yang paling penting ialah kepatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP),” katanya pada sidang media pertama selepas dua bulan.

Tambah Noor Hisham, sekiranya SOP dipatuhi, Malaysia akan kekal dengan jangkitan harian dua digit sehingga Mei.

Bagaimanapun, kes meningkat susulan pelanggaran SOP.

“Mungkin ada kelesuan mental untuk mematuhi SOP,” jelasnya.

Jelasnya lagi, negara jiran untuk merekodkan peningkatan kes pada bulan Mac, dipercayai kerana kemunculan varian baru Covid-19.

Sejak itu, kes Covid-19 di Malaysia kini mencatatkan jumlah sehingga mencecah 4,000 kes sejak dua hari lalu.

Noor Hisham turut berkata, dua varian Covid-19 yang dikenalpasti di UK dan Afrika Selatan kini menular di komuniti setempat.

Katanya, terdapat 48 kes yang mempunyai varian Afrika Selatan, termasuk lima kluster. Dua menyebabkan kematian.

Sporadik - tak tahu jangkit dari mana

Ketua pengarah kesihatan itu turut berkata, terdapat satu kes di Negeri Sembilan, seorang bekas pesakit Covid-19 -yang dijangkiti wabak pada April 2020 - kembali terkesan dengan varian Afrika Selatan baru-baru ini.

Terdapat satu dari tiga kes jangkitan semula direkodkan.

Dua kes tersebut direkodkan di Sungai Buloh, kedua-dua pesakit yang dijangkiti semula dengan varian baru.

Varian UK pula ditemui dalam tiga kes.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, terdapat peningkatan dalam kes sporadik, berbanding kes menerusi kluster.

“Apa maksud sporadik? Maksudnya kita tak tahu dapat jangkitan dari mana,” katanya.

Dengan keadaan sekarang, jelasnya Malaysia kemungkinan akan merekodkan 5,000 kes harian Covid-19 jika tiada pematuhan SOP.

Dia turut menegaskan, rakyat perlu patuh akan SOP Covid-19.

“Ketidakpatuhan akan menyebabkan kegagalan,” jelasnya.

Selain itu, Noor Hisham memaklumkan, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menasihati Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk lebih tegas berhubung arahan majlis sosial, pendidikan dan sektor sukan, bagi mengekang penularan.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS