Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
GLOBAL l Singapura tambah tempoh sah pasport kepada 10 tahun

GLOBAL l Singapura akan tambah tempoh sah pasport kepada 10 tahun berbanding lima tahun sebelum ini untuk warganegara berusia 16 tahun bagi permohonan pada atau selepas 1 Oktober 2021.

Menurut Pengarah Pusat Perkhidmatan Rakyat Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA), Timbalan Pesuruhjaya Chui Wai Cheng, langkah itu berikutan teknologi pasport biometrik sudah stabil sejak Singapura pertama kali memperkenalkannya pada 2006.

“Pengumuman itu membolehkan pelancong merancang untuk memperbaharui pasport mereka lebih awal," kata Chui di laman web ICA.

Bayaran permohonan dikekalkan pada S$70.

Bagaimanapun, tempoh sah pasport untuk kanak-kanak di bawah 16 tahun kekal lima tahun.

ICA berkata kini semakin banyak negara melanjutkan tempoh sah pasport kepada 10 tahun termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Perancis, Jerman, Belanda, New Zealand, China, Jepun, Korea Selatan dan Australia .

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS