Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Bagi graduan universiti, Ariani yang baru berusia 25 tahun, mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca hari ini merupakan langkah untuk kembali kepada  kehidupan yang normal sebagai seorang pekerja.

Selepas meninggalkan universiti ketika perintah kawalan pergerakan (PKP 1.0) tahun lalu, dia menghabiskan hampir setengah tahun untuk mencari pekerjaan sebelum menduduki jawatan sekarang sebagai seorang pembantu penyelidik.

“Sangat susah nak cari kerja. Saya menganggur selama lima bulan sebelum saya dapat kerja tetap. Memang agak terkesan.

“(Sejak itu) saya ada pengalaman bekerja dari rumah dan kerja di tempat kerja. Bagi saya, saya mahu kembali normal dan kerja di tempat kerja.

"Saya lebih suka ke pejabat daripada bekerja dari rumah kerana ia berbeza," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui selepas mendapatkan suntikan dos pertama di pusat pemberian vaksin (PPV) di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur hari ini.

Bagi Kong Wooi Hon, sebelum kerajaan menawarkan pengambilan vaksin AstraZeneca secara sukarela, dia merasa bimbang mengenai tarikh janji temu akan datang di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick).

Ini kerana Kong bimbang akan menyebarkan virus berkenaan kerana dia merupakan seorang jurutera yang menghabiskan banyak waktu di lokasi pembinaan - salah satu lokasi penularan wabak.

“Saya sangat bimbang menyebarkan Covid-19 kepada orang di sekitar saya, rakan sekerja dan keluarga.

"Oleh itu, untuk melindungi diri dan keluarga, saya ingin mendapat vaksin lebih cepat," katanya ketika ditanya mengapa dia mendaftarkan diri untuk mendapat suntikan vaksin.

Kong dan Ariani sedar mengenai risiko pembekuan darah yang sangat rendah akibat vaksin AstraZeneca tetapi mengatakan manfaat mengambil suntikan berkenaan jauh melebihi risiko dijangkiti Covid-19.

Ummi, yang merupakan seorang ibu berusia 54 tahun turut bersetuju dengan pendapat tersebut.

"Banyak perkara lain seperti merokok dan mengambil pil perancang mempunyai risiko yang lebih tinggi (pembekuan darah).

"Ini (ambil vaksin) adalah sesuatu yang mesti saya lakukan kerana saya mahu kita bebas dari Covid-19," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS