Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bengkel terbiar di Bunohan jadi 'rumah transit' ketum dari Kedah

Sebuah bengkel kereta yang ditinggalkan di Kampung Bunohan, Tumpat, dijadikan sebagai stor simpanan kepada 700 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM21,000.

Pegawai Pemerintah Medan Batalion Ke-7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) Supt Azhari Nusi berkata rampasan dilakukan selepas sepasukan anggota Kompeni B membuat yang serbuan ke bengkel itu kira-kira jam 3.30 petang semalam.

Katanya ketika serbuan anggota PGA7 mendapati terdapat kelibat dua lelaki telah melarikan diri ke dalam semak di belakang bengkel selepas dapat menghidu kehadiran pasukan mereka.

“Pemeriksaan yang dijalankan di dalam bengkel yang dijadikan stor itu menemukan longgokan plastik hitam yang di dalamnya mengandungi plastik lutsinar diikat gelang getah mengandungi daun-daun hijau yang disyaki daun ketum.

“Selepas membuat pemeriksaan di kawasan sekitar dan tidak menemui sesiapa di situ, kesemua daun ketum itu dirampas dan dibawa balik ke Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azhari berkata, kesemua daun ketum yang ditemui disyaki dibawa dari Kedah untuk pasaran di Tumpat.

“Daripada maklumat yang diperolehi, satu ikatan daun ketum dengan berat kira-kira 1kg akan dijual pada harga RM30.

“Hasil siasatan awal mendapati kesemua daun-daun ketum ini dipercayai untuk pasaran sekitar Tumpat, dan bagi jualan kecil-kecilan terutamanya di sekitar kawasan Kampung Bunohan.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS