Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Bayi 11 bulan maut terjatuh dari tingkat 3 pangsapuri

Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan maut selepas terjatuh dari tingkap bilik di tingkat tiga kediaman keluarganya di Pangsapuri Sri Aman, Jalan Aman Putra, di Kuala Lumpur semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata hasil laporan bedah siasat oleh Unit Forensik Hospital Selayang mendapati kematian bayi berkenaan berpunca daripada kecederaan parah di bahagian kepala akibat jatuh dari tempat tinggi.

Beliau berkata pemeriksaan terhadap rumah yang didiami mangsa di tingkat tiga berkenaan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kes ini.

“Mangsa dikatakan sedang bermain bersama seorang kakak, dua abang dan tiga sepupunya yang berusia lingkungan dua hingga 14 tahun di atas katil bahagian atas bersebelahan dengan tingkap bilik pertama rumah sebelum terjatuh kira-kira jam 2 petang,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Katanya, keberangkalian mangsa terjatuh ketika bermain kerana tingkap di dalam bilik tersebut tidak mempunyai pagar dan katil diletakkan di tengah tingkap tanpa sebarang halangan.

Beh berkata mangsa telah dibawa ke Hospital Selayang dan disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan oleh pegawai perubatan.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). 

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS